Banyak makanan yang boleh membantu ibu utk menghasilkan lebih banyak susu, namun kalau tak dihisap atau dipam dengan konsisten, maka berkuranglah production kerana badan kita ingat demand itu berkurangan, so buat apa nak supply banyak. Jadi kali ini, saya ingin kongsikan cara-cara untuk menambah susu ibu. Saya masih praktikkan sehingga kini kerana kadang-kadang kalau Cik P datang, susu tend to decrease, or masa bekerja terskip 1 sesi. Jom tambah ilmu!
3 teknik asas yang membantu untuk membanyakkan susu termasuklah:1. Tandem Nursing
Masa kita menyusukan bayi, kedua-dua belah payudara akan stimulated untuk menghasilkan susu. Jadi jangan bazir kan susu kat sebelah lagi satu.
Kalau bayi tak selesa anda pam di sebelah sementara dia menyusu, figure out macam mana nak solve the situation. Ada pelbagai cara termasuk kumpul susu menggunakan Milk collector, urut payudara menggunakan tangan, dan banyak lagi cara kreatif yang lain.
Ia berbalik kepada kita, nak seribu daya, kan?
2. Pam sekerap setiap 2 jam
Untuk ibu bekerja, mungkin perkara ini sedikit susah. Tapi anda boleh merealisasikannya dengan mengorbankan sekejap waktu makan tengahari.
Selain itu, laburkan lah sedikit duit untuk dapatkan pam jenis freestyle. Ia membantu kita untuk pam susu walaupun sedang buat kerja.
3. Power Pumping
Pam single:
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian beralih ke
payudara kiri pula untuk tempoh 10minit juga. Tukar semula ke payudara
kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukannya secara
berterusan selama sejam.
Pam double:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit. Kemudian rehat
selama 10minit dan sambung kembali mengepam untuk 10minit lagi. Setelah
itu, rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh
satu jam.
Bilakah waktu yang paling sesuai?
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah di tengah malam. Ini kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu malam. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang ataupun malam, apa yang penting ibu selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan selesa dan tenang. Dalam pada itu, perlu ibu ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperoleh berkemungkinan hanya setitik dua, tidak perlu risau. Ibu dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya kesan daripada power pumping akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga dua minggu. Percayalah, usaha yang diiringi dengan kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, ibu akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperoleh kerana ia telah banyak membantu para ibu dengan pulangan yang sangat memberangsangkan.
4. Positive mindset
Kerap kali saya jumpa ibu yang susu mula kering, akan down. Ya ia normal kerana kita wanita dan mudah tersentuh bila tengok anak macam tak puas.
Untuk mengelakkan rasa down, negatif, masa pam susu, jangan tengok botol. Buat lah perkara yang menggembirakan seperti baca Quran, tengok TV, tengok gambar anak. Tak perlu tengok gambar stok susu ibu lain, atau stok susu rakan lain jika ia membuatkan kita down.
Setelah mengamalkan semua di atas, tapi susu anda tetap tak mencurah meriah, saya cadangkan anda mencuba Set Penyusuan Shaklee.
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee anda!
Nota: Eksklusif Konsultasi hanya untuk ibu comel yang buat belian dari saya. Ia sebagai tanda terima kasih dan hak eksklusif kepada ibu yang memilih saya sebagai pengedar Shaklee anda.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri[at]gmail[dot]com
Call/Whatsapp: (60) 013-8298863 (Malaysia)
jumpa di next entry!
gwEniirah
No comments:
Post a Comment
Pertanyaan atau komen? Post them here.