I was browsing through the web for those reasons why God let us fall sick and i found this!
Credit. It's an eye-opener. May this become a constant reminder to us all. Sihat sebelum sakit.
“Kenapa Allah bagi kita sakit?”. persoalan yang keluar dari mulut profesor radiologi pada hari tersebut benar-benar membuat kami tersentak dan berfikir sejenak. semua yang menghadiri kelas pada hari tersebut, senyap seribu bahasa. berfikir mungkin. termasuk diriku. “Kenapa Allah bagi kita sakit sedangkan Dia Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. kenapa Dia memilih untuk memberi kesakitan dan kecacatan pada sesetengah hambaNya, walhal sesetengah yang lain dikurniakan tubuh badan yang sihat, tanpa cacat cela sedikit pun. bukankah Dia Maha Adil?” sambung profesor tersebut sambil tersenyum.
Beliau menyambung lagi, “tidak akan Allah ciptakan sesuatu tanpa seribu satu hikmah yang terselindung di sebalik ciptaanNya itu. jika Allah tidak mencipta penyakit, maka berhentilah dunia ini.” kami berpaling sesama sendiri. cuba menangkap dan memahami maksud yang cuba disampaikan oleh profesor yang kelihatan sangat tenang itu. kemudian sambil tergelak kecil, profesor itu bersuara bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran kami itu. ” jika tiada orang yang sakit, maka berhentilah hidup kita sebagai seorang doktor.” semuanya tersenyum, tak kurang juga ada yang tertawa dengan gurauan beliau.
” Allah mencipta penyakit adalah untuk membuktikan kekuasaanNya. Dia ingin hamba-hambaNya sentiasa mengingati Dia sebagai pencipta Yang Maha Agung (Al-Khalik) setiap detik, seperti denyutan jantung kita. selagi mana jantung kita tidak berhenti berdenyut, selagi itulah kita harus mengingati dan mentaatiNya. supaya kita sebagai makhluk yang kerdil ini tidak alpa, tidak merasa angkuh dengan nikmat-nikmat Allah dan sentiasa meminta dan menadah tangan memohon pertolongan dari Tuhan sekalian alam. jadi, bukankah sakit itu suatu nikmat yang besar? nikmat yang Allah kurniakan kepada kita agar kita sentiasa dekat denganNya?”
Ya Allah, terasa titisan-titisan airmata membasahi pipiku tanpa aku sedari.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Allah juga mahu hamba-hambaNya sabar apabila diuji dengan berbagai-bagai ujian. sesungguhnya tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah dan pada waktu yang sama tidak digunakan untuk mentaati Allah dengan mengerjakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang ditegahNya. fikirku.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud: “Allah menyukai orang-orang yang sabar.” Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah:155-157).
Beliau menyambung lagi. “Allah mengurniakan nikmat sakit itu juga supaya hamba-hambaNya yang memiliki kesihatan tubuh badan yang baik, bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah itu. sesungguhnya tidak terhitung oleh kita betapa banyaknya nikmat Allah yang kita kecapi semasa hidup di dunia. sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. jadi, kita patut mengucap syukur selalu kepadaNya.”
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur. (Al-Baqarah:152)
Aku tertunduk dan benar-benar tersentuh dengan apa yang disampaikan oleh profesor yang kukagumi itu. jazakillah khairan kathiran doktor. semoga Allah sentiasa merahmatimu. dan semoga aku menjadi salah seorang hamba yang bersyukur. kelas pada hari itu sangat memberi makna dalam diriku. Alhamdulillah. terima kasih Allah.
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri@gmail.com
Call/Whatsapp: 013-8298863
Jumpa di next entry!
Credit. It's an eye-opener. May this become a constant reminder to us all. Sihat sebelum sakit.
“Kenapa Allah bagi kita sakit?”. persoalan yang keluar dari mulut profesor radiologi pada hari tersebut benar-benar membuat kami tersentak dan berfikir sejenak. semua yang menghadiri kelas pada hari tersebut, senyap seribu bahasa. berfikir mungkin. termasuk diriku. “Kenapa Allah bagi kita sakit sedangkan Dia Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. kenapa Dia memilih untuk memberi kesakitan dan kecacatan pada sesetengah hambaNya, walhal sesetengah yang lain dikurniakan tubuh badan yang sihat, tanpa cacat cela sedikit pun. bukankah Dia Maha Adil?” sambung profesor tersebut sambil tersenyum.
*gambar sekadar hiasan*
Ya Allah, memang benar apa yang dikatakan oleh profesor itu. beliau benar-benar berjaya menimbulkan tanda tanya dalam diriku. bukankah nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera?Beliau menyambung lagi, “tidak akan Allah ciptakan sesuatu tanpa seribu satu hikmah yang terselindung di sebalik ciptaanNya itu. jika Allah tidak mencipta penyakit, maka berhentilah dunia ini.” kami berpaling sesama sendiri. cuba menangkap dan memahami maksud yang cuba disampaikan oleh profesor yang kelihatan sangat tenang itu. kemudian sambil tergelak kecil, profesor itu bersuara bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran kami itu. ” jika tiada orang yang sakit, maka berhentilah hidup kita sebagai seorang doktor.” semuanya tersenyum, tak kurang juga ada yang tertawa dengan gurauan beliau.