Saya yakin ramai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu akan mengalami kerunduman susu apabila mereka datang bulan (period/menses/haid). Jadi macam mana untuk mengelak perkara ini dari berlaku?
Apabila ibu mengalami proses ovolusi yakni masuk waktu subur (telur dihasilkan) sehingga sehari/dua hari haid, kandungan kalsium di dalam menurun secara mendadak. Apabila kandungan kalsium berkurangan, susu ibu yang dihasilkan akan turut turun mendadak. Bukankah susu itu tinggi dengan kalsium? Jadi bagaimana badan dapat hasilkan susu yang banyak apabila kandungan kalsium dalam darah tidak mencukupi?Para ibu boleh mengelak perkara ini terjadi dgn memastikan kandungan kalsium di dalam darah adalah mencukupi. Ada pelbagai makanan yang tinggi dengan kalsium seperti susu, sayur hijau, kacang almond, ikan salmon, keju, jeruk, oatmeal dan sebagainya. Saya percaya makanan-makanan yang dikongsi oleh para ibu diluar sana yang mampu meningkatkan hasil susu mereka sebenarnya adalah makanan yang mencukupkan nutrisi dalam badan ibu tersebut. Contoh, apabila badan si ibu kekurangan kalsium dan susu ibu dihasilkan berkurangan, dan dia secara kebetulan memakan kacang almond sebagai snek dan perasan susu dihasilkan meningkat, sudah tentu dia akan ingat kacang almond itu milk booster baginya walaupun hakikatknya, badan dia yang kekurangan kalsium baru sahaja ditop-up dengan kalsium. Logik bukan?
Saya percaya pada konsep supply and demand. Lagi banyak demand, maka lagi banyak susu akan dihasilkan. Namun demand hanya akan dapat dipenuhi kalau tubuh ibu itu cukup nutrisinya. Air kosong wajib cukup atau lebih 3liter setiap hari. Saya sehingga sekarang masih bangun malam2 menyusukan anak secara direct atau mengepam (10 minit dengan mata longlai). Harus ada demand bukan?
Elak berkongsi masalah susu merundum dengan ibu yang tidak menyusu anak. Kenapa? kerana mereka akan memujuk anda dengan berkata sudah cukup lama tempoh menyusuan anda, anda boleh berhenti kerana anak sudah besar, sedangkan target kita adalah sehingga cukup 2 tahun seperti disarankan oleh al-Quran.
Susu merundum adalah perkara biasa, jadi jgn putus asa. Jangan buat assumption kononnya anak sudah tidak ingin menyusu kita kerana dia geli dengan puting kita, pam kan ada. Bayi lumrahnya akan sentiasa ingin berada dekat dengan ibunya. Di dalam pelukan ibunya dia berasa selamat dan contented. Mana mungkin bayi berumur 6 bulan sudah enggan didakap ibunya untuk disusukan? Pasti ada masalah dengan diri kita atau dgn bayi sekiranyan mereka tiba-tiba tidak ingin disusukan secara direct atau rejek susu ibu. Barangkali susu kita ada rasa yang berlainan, bau kita hanyir, badan kita terlampau panas dan melekit, atau ibu sendiri gusar dan bayi cukup sensitif untuk capture semua itu.
Persistent dan determination. Kesabaran dan doa. Apabila anda mengalami peringkat susu merundum, semak semula pemakanan, kira semula tarikh ovulasi, periksa kesihatan bayi, semua pasti ada sebab. Berusaha untuk kekalkan momentum. Pam ikut jadual walaupun keluar 1oz sekali pun. Jgn putus asa. Semua pasti ada sebab. Kalau susu anda tidak mencukupi, top-up dengan susu formula, tapi jgn sesekali skip pam. Berusaha utk direct latch walaupun bayi geli. Mandi bersih2 dan sapukan minyak yg disapu pada bayi. Kuatkan semangat. Insya Allah, Allah perkenankan usaha kita utk menyusukan anak sehingga mereka genap 2 tahun.
Untuk mengetahui mengenai supplement apa yang mampu meningkatkan kandungan kalsium dalam darah, PM saya sekarang! Harga runtuh menanti ada. Bantu saya untuk bantu anda capai target menyusukan anak sehingga 2 tahun!
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia, China dan Taiwan. COD boleh dibuat di Miri tanpa sebarang cas!
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri[at]gmail[dot]com
Call/Whatsapp: (60) 013-8298863 (Malaysia)
jumpa di next entry!
gwEniirah
No comments:
Post a Comment
Pertanyaan atau komen? Post them here.