Sunday, October 27

Lactation Cookies (Biscuit Banyakkan Susu Ibu)

Nabi bersabda, 9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan.

Rolled Oat Lactation Cookies
Jadi dengan ini, kami ingin memperkenalkan produk terbaru keluaran MNV! LACTATION COOKIES (Biscuit Banyakkan Susu Ibu).

Apa itu Lactaion Cookies (LC)?
Lactation Cookies merupakan biskut yang boleh membantu ibu untuk memperbanyakkan susu ibu. Antara kandungan utama LC adalah seperti berikut:

1) Brewer's Yeast - Yis yang selalu digunakan dalam proses penghasilan beer. Ia tidak mempunyai alkohol tetapi hanya merupakan "fungi" yang membantu dalam penapaian karbohidrat. Boleh baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Brewer's Yeast.
miri sarawak, susu ibu
Brewer's Yeast
susu ibu
Flax Seed
2) Flax Seed - Flax seed terkenal sebagai penggalak susu. Ia mengandungi kandungan serat yang tinggi dan omega-3 yang penting utk ibu yang menyusu anak dan pertumbuhan otak bayi.

Susu ibu
Rolled Oat
3) Oats - Siapa minat oat angkat tangan! Saya! Saya! Oat mengandungi kandungan zat besi yang sangat diperlukan oleh si ibu. Kenapa susu ibu merudum apabila ibu datang bulan / period? Sebab zat besi hilang apabila kita kehilangan darah, zat besi yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan susu. Jadi apabila datang bulan / period, si ibu haruslah mengambil diet yang tinggi dengan kandungan zat besi.

Pernah tertanya-tanya tak kenapa lembu boleh menghasilkan susu yang banyak sekali? Sebab lembu makan rumput lah. Jadi kalau ibu-ibu, takkan nak makan rumput pulak? Rumput mengandungi kandungan serat yang tinggi, jadi cukuplah si ibu mengambil serat dalam pemakanan seharian, janganlah pergi dok sebelah lembu makan rumput, ok! Heee.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba LC, boleh menghubungi kami melalui cara yg tertera di bawah. Ada  beraneka jenis biskut boleh dipilih:
1) Rolles Oats LC
2) Choc Chip LC
3) Hazel Nuts LC
4) Raisins LC
LC kami menggunakan Cold Pressed Virgin Coconut Oil, dan tidak menggunakan sebarang bentuk mentega atau margerin.

Penghantaran Lactation Cookies MNV serta product Shaklee ke Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email: shakleemiri[at]gmail[dot]com
Call/Whatsapp: (60) 013-8298863 (Malaysia)

Jumpa di next entry!
gwEniirah

No comments:

Post a Comment

Pertanyaan atau komen? Post them here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...