Monday, October 14

Hutang Bila nak Bayar?!

Hidup ini tidak selalu mudah. Kadang kala back up plan amat penting lagi2 kalau bercakap mengenai wang ringgit. Bukan, bukan saya gila wang. Cuma saya sedar kepentingan wang ringgit dalam kehidupan. Tapi orang cakap wang ringgit tidak mampu memberi kebahagiaan. Saya setuju! Tapi dengan wang ringgit juga kita bersedekah, membina masjid, memberi makan yatim piatu, mendapat segulung ijazah...

Dengan wang ringgit yg saya perolehi sy ingin membawa ibu bapa saya pergi melancong dan memberi duit belanja yg cukup supaya bapa tidak perlu lagi bekerja kerana usia nya sudah hampir mencecah 60 tahun. Pilu rasanya melihat dia perlu duduk offshore lama2 untuk bawa balik duit yg seciput. Ya, seciput kerana duit yg dia perolehi tidak cukup menampung belanja adik-adik sy yg masih kecil dan bersekolah. Dengan wang ringgit ini sy ingin menolong mereka yg kurang berkemampuan. Dengan wang ringgit ini sy ingin melihat ibu tunggal mendapat bantuan sewajarnya. Tidak, sy tidak minta rumah besar, kehidupan mewah. Cukup kalau semua yg diperlukan ada di rumah. Tidak perlu ada mini bar, sofa jenama lorenzo bagai. Tidak perlu makan mewah duduk di kopitiam menjelang waktu minum petang kerana kami lagi selesa makan di rumah dengan anak-anak yang tgh aktif.

Kerana wang ringgit saya berusaha dan mohon pertolongan Mu. Makbulkan doaku, ya Allah.

Tapi jika kerana wang ringgit iman ku hilang, engkau jauhkanlah kesenangan dari ku, kerana aku ingin mendekati Mu, dan enggan jatuh dalam kemurkaan Mu.


Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri@gmail.com
Call/Whatsapp: 013-8298863

Jumpa di next entry!
gwEniirah

No comments:

Post a Comment

Pertanyaan atau komen? Post them here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...