Saturday, August 17

Kekayaan yg didambakan.

Orang selalu bertanya kenapa sy risau kalau dibuang kerja. Suami ada, kerja minyak, gaji besar. Sy cuma tersenyum sahaja tetapi didalam hati sy meronta kerana mereka tidak tahu keadaan kewangan kami dan yg pasti mereka tidak akan memberi wang kepada kami setiap bulan sekiranya berlaku apa2. Kan?

Keluarga sy bukan orang senang, tetapi tak juga orang susah. Cukup lah sy cuma menceritakan hal keluarga sy di sini kerana ini blog sy. Jadi sy tidak akan bercerita tentang keluarga suami sy di sini ya.

Kami adik beradik ada 5 orang. Sy anak yg kedua, dan ketiga-tiga adik sy masih bersekolah. Sy dan abang sy sudah pun berumah tangga. Maksudnya kami perlu keluar duit untuk keluarga masing2. Bapa saya sudah pun bersara 2 tahun lepas. Sekarang dia masih bekerja ke laut sebagai kuli kerana amat payah utk mencari kerja bg beliau yg sudah pun berumur. Syukur dia masih sihat cuma amat sebak setiap kali berjumpa melihat muka dan tangan beliau semakin berkedut. Adik bongsu sy cuma berumur 10tahun. Jadi secara automatik selepas 7 tahun sy dan abang sy lah yg akan bg dia duit belanja apabila dia hendak melanjutkan pelajaran kelak. Ibu saya tidak bekerja dan beliau bukanlah sihat sangat. Kasihan melihat beliau runsing memikirkan hal kewangan kerana gaji bapa sy tidak cukup utk tampung belanja mereka setiap bulan. Memang sy yakin rezeki itu Tuhan yg beri, jadi kenapa sy perlu risau dan buat kerja part time? Kerana ini lah ikhtiar sy, usaha sy utk mendapat duit lebih agar ibu sy tidak perlu runsing memikirkan duit belanja kerana saya dpat memberi duit 4angka kepada mereka. Itulah target sy sekarang.

Sy tidak ingin jadi jutawan yg kaya tapi ibu bapa masih bekerja keras mencari sesuap nasi. Sy ingin jd jutawan yg memberi keselesaan hidup kepada mereka yg tidak pernah mengabaikan keperluan sy semasa sy belom bekerja dahulu. Sy ingin jadi jutawan yg membantu mereka yg dlm kesusahan. Sebab itu sy buat kerja part time setakat yg sy mampu.

Kalau anda berminat utk mendapat duit lebih setiap bulan, hubungi sy sekarang dan sy akan guide anda sampai anda berjaya!

Email sy di shakleemiri@gmail.com atau
Sms/call/whatsapp sy di 013-8298863

Jumpa lagi di entri hadapan! Take care semua!

No comments:

Post a Comment

Pertanyaan atau komen? Post them here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...