Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Sunday, February 16

Shaklee Miri: Susu Berkurangan Apabila Datang Bulan (Haid).

Saya yakin ramai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu akan mengalami kerunduman susu apabila mereka datang bulan (period/menses/haid). Jadi macam mana untuk mengelak perkara ini dari berlaku?

Apabila ibu mengalami proses ovolusi yakni masuk waktu subur (telur dihasilkan) sehingga sehari/dua hari haid, kandungan kalsium di dalam menurun secara mendadak. Apabila kandungan kalsium berkurangan, susu ibu yang dihasilkan akan turut turun mendadak. Bukankah susu itu tinggi dengan kalsium? Jadi bagaimana badan dapat hasilkan susu yang banyak apabila kandungan kalsium dalam darah tidak mencukupi?

Para ibu boleh mengelak perkara ini terjadi dgn memastikan kandungan kalsium di dalam darah adalah mencukupi. Ada pelbagai makanan yang tinggi dengan kalsium seperti susu, sayur hijau, kacang almond, ikan salmon, keju, jeruk, oatmeal dan sebagainya. Saya percaya makanan-makanan yang dikongsi oleh para ibu diluar sana yang mampu meningkatkan hasil susu mereka sebenarnya adalah makanan yang mencukupkan nutrisi dalam badan ibu tersebut. Contoh, apabila badan si ibu kekurangan kalsium dan susu ibu dihasilkan berkurangan, dan dia secara kebetulan memakan kacang almond sebagai snek dan perasan susu dihasilkan meningkat, sudah tentu dia akan ingat kacang almond itu milk booster baginya walaupun hakikatknya, badan dia yang kekurangan kalsium baru sahaja ditop-up dengan kalsium. Logik bukan?

Saya percaya pada konsep supply and demand. Lagi banyak demand, maka lagi banyak susu akan dihasilkan. Namun demand hanya akan dapat dipenuhi kalau tubuh ibu itu cukup nutrisinya. Air kosong wajib cukup atau lebih 3liter setiap hari. Saya sehingga sekarang masih bangun malam2 menyusukan anak secara direct atau mengepam (10 minit dengan mata longlai). Harus ada demand bukan?

Elak berkongsi masalah susu merundum dengan ibu yang tidak menyusu anak. Kenapa? kerana mereka akan memujuk anda dengan berkata sudah cukup lama tempoh menyusuan anda, anda boleh berhenti kerana anak sudah besar, sedangkan target kita adalah sehingga cukup 2 tahun seperti disarankan oleh al-Quran.

Susu merundum adalah perkara biasa, jadi jgn putus asa. Jangan buat assumption kononnya anak sudah tidak ingin menyusu kita kerana dia geli dengan puting kita, pam kan ada. Bayi lumrahnya akan sentiasa ingin berada dekat dengan ibunya. Di dalam pelukan ibunya dia berasa selamat dan contented. Mana mungkin bayi berumur 6 bulan sudah enggan didakap ibunya untuk disusukan? Pasti ada masalah dengan diri kita atau dgn bayi sekiranyan mereka tiba-tiba tidak ingin disusukan secara direct atau rejek susu ibu. Barangkali susu kita ada rasa yang berlainan, bau kita hanyir, badan kita terlampau panas dan melekit, atau ibu sendiri gusar dan bayi cukup sensitif untuk capture semua itu.

Persistent dan determination. Kesabaran dan doa. Apabila anda mengalami peringkat susu merundum, semak semula pemakanan, kira semula tarikh ovulasi, periksa kesihatan bayi, semua pasti ada sebab. Berusaha untuk kekalkan momentum. Pam ikut jadual walaupun keluar 1oz sekali pun. Jgn putus asa. Semua pasti ada sebab. Kalau susu anda tidak mencukupi, top-up dengan susu formula, tapi jgn sesekali skip pam. Berusaha utk direct latch walaupun bayi geli. Mandi bersih2 dan sapukan minyak yg disapu pada bayi. Kuatkan semangat. Insya Allah, Allah perkenankan usaha kita utk menyusukan anak sehingga mereka genap 2 tahun.

Untuk mengetahui mengenai supplement apa yang mampu meningkatkan kandungan kalsium dalam darah, PM saya sekarang! Harga runtuh menanti ada. Bantu saya untuk bantu anda capai target menyusukan anak sehingga 2 tahun!


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia, China dan Taiwan. COD boleh dibuat di Miri tanpa sebarang cas!

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri[at]gmail[dot]com
Call/Whatsapp: (60) 013-8298863 (Malaysia)

jumpa di next entry!
gwEniirah

Sunday, November 3

Set 3M - Set yang Memperkenalkan Saya dengan SHAKLEE

Apa itu Set 3M? Berkesankah Set 3M dalam perjalanan penyusuan saya?

Agen Shaklee Miri, Set 3M, Set Penyusuan
Set 3M
 Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau hati bertekad untuk menyusukan anak selama dua tahun, kita pasti dapat mencapai impian tersebut dengan izin Allah, mohon dimurahkan rezeki anak.

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودُُلَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرُُ {233}

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233).


Berbalik kepada supplement Shaklee Set Penyusuan 3M, apakah ia membantu menjayakan penyusuan susuibu?

Personally supplement ini adalah ibarat baja pada si ibu. Pemakanan hari ini yang menjurus kepada makanan segera tidak banyak membekalkan vitamin yang diperlukan oleh badan kecuali transfat yang banyak dan memudaratkan kemudian hari.
Pengambilan supplement adalah lebih kepada si ibu supaya bertenaga, sihat, emosi yang lebih stabil, tidak terlalu keletihan terutama yang bekerjaya.
Maka apabila si ibu membuat keputusan untuk menyusukan anaknya dan mengambil supplement, si ibu perlu pastikan

1. jadual pam yang konsisten supaya susuibu terus dapat dihasilkan

2. pengambilan air adalah sangat-sangat penting demi memastikan penghasilan susuibu lebih lancar.

Dalam set penyusuan Shaklee 3M mengandungi

ESP - untuk membina sel
Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi
B com - membantu ibu lebih bertenaga, mood yang stabil dan ceria.
Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah msunah maka penting untuk diganti.
Ostematrix - demi memastikan si ibu tidak terlalu keletihan walau bekerjaya.
Alfalfa - membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

PLEASE ALERT :
Alfalfa adalah dalam kategori herba. Ia tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Ibu yang melahirkan juga disarankan mengambilnya selepas 14 hari melahirkan. Walau ada ibu yang mengambilnya sejurus selepas melahirkan namun risau sekiranya si kecil mendapat jaundis maka lebih baik diambil selepas 2 minggu melahirkan.

Alfalfa ini mengandungi vitamin K. Ia berfungsi memekatkan darah. Maka pengambilan yang banyak sekaligus sangat tidak digalakkan sama sekali. Memang ibu akan dapati susuibu lebih pekat dengan pengambilan alfalfa tetapi kemungkinan juga susu akan terus tidak keluar sebab pengambilan air tidak mencukupi. So jangan lupa refer pengedar untuk konsultasi lebih lanjut.

Credit kepada Master Norita.





*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri@gmail.com
Call/Whatsapp: (60) 013-8298863 (Malaysia)

jumpa di next entry!
gwEniirah

Friday, April 19

Khas untuk Ibu Hamil.

In my previous post, I've talked on the importance of taking vitamins or supplements during pregnancy. In this post, I shall promote to you the ideal set for pregnancy from Shaklee®. 

Saya sangat percaya gaya seorg ibu terutamanya dari segi cara pemakanan mempengaruhi kesihatan bayi. Seorg ibu seharusnya mengambil pemakanan yg seimbang bagi memastikan dirinya serta bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yg mencukupi untuk membesar. Berikut adalah set kehamilan mengikut trimester.


Pregnancy Shaklee Essential Vitamin, set J

Pregnancy Shaklee Essential vitamin, set j

Apakah kegunaan setiap vitamin di atas? Apakah tidak cukup jika saya mengambil pemakanan yang tertera seperti di piramid pemakanan? Percaya atau tidak, proses memasak mampu memusnahkan nutrisi yang terkandung dalam makanan. Jadi makanan tambahan seperti vitamin amat digalakkan di kalangan ibu-ibu mengandung.

Vita-Lea® Shaklee - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Setiap tablet disaluti oleh serbuk nutrisi - spirulina.

B-Complex Shaklee - mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah biotin dan asid folik yang amat penting untuk ibu mengandung. Selain membantu tumbesaran bayi, ia juga berupaya membantu ibu melawan tekanan (stress) dengan memastikan kesihatan fungsi saraf.

Vita-C Sustained Release - meningkatkan sistem imun badan dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ia juga mampu mengekalkan kolestrol sihat dan mengelakkan ibu daripada diabetis.

Ostematrix (Calsium) - mengandungi garam mineral dari Dead Sea, kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Ia mampu membantu ibu mengandung yang kerap mengalami kekejangan dan gusi berdarah.

OmegaGuard - minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut air sejuk dan mengandungi 7 jenis asid lemak (rangkaian penuh) termasuk EPA, DHA, ALA dsbnya. Ia membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Penting semasa trimester ke-3 iaitu semasa perkembangan otak bayi berlaku dengan pesat.


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: shakleemiri@gmail.com
Call/Whatsapp: 013-8298863

 jumpa di next entry!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...